Thursday, November 5, 2009

Kisah Aishah 1

Tersebutlah kisah sepasang suami-isteri dan 2 cahaya mata lelaki. Isteri bernama Aishah dan suami bernama Muhammad Tajuzzaman. Anak sulung Muhammad Hazix dan ke-2 Muhammad Rafix (kadang2 auntie2 panggil Radix).

Pada suatu petang isnin setelah kedua-dua suami isteri pulang dari kerja, Tajuzzaman memberitahu berita gembira kepada Aishah bahawa dia mendapat promotion. Berceritalah Tajuzzaman betapa penat lelahnya berbaloi dan Aishah mengingatkan supaya jangan lupa bersyukur kepada Allah.

Keesokkan harinya di waktu makan tengahari, Aishah keluar berjalan-jalan di pasaraya berdekatan bersama rakan sepejabatnya. Teringin dia mengucapkan tahniah kepada suaminya, lalu dibeli sekeping kad ucapan tahniah khas untuk Tajuzzaman dan beberapa keping kad ucapan harijadi untuk sahabat2 dan adik-beradiknya. Setibanya di pejabat, Aishah mengisi kad utk Tajuzzaman dgn ucapan ringkas, baru sepatah perkataan ditulis, dirasakan tulisan tidak cantik dan merosakkan mood kad tahniah itu lalu Aishah printkan saja ucapan tahniah diikuti ucapan I LOVE YOU. Kemudian dia terfikir untuk tidak letakkan signature namanya agar Tajuzzaman tertanya-tanya siapakah si pengirim kad itu supaya perasaan Tajuzzaman lebih berdebar-debar dan bila mengagak dari Aishah senangla perasaan bunga-bunga cinta. Kad di pos ke pejabat Tajuzzaman.

Aishah bayangkan beberapa kemungkinan mengikut peratusan dia sendiri:

1: Tajuzzaman akan call Aishah dari ofis dan tanya, "Shah ada hantar kat ker dekat saya?"

2: Tajuzzaman bawa kad balik ke rumah dan tunjukkan pada Aishah sambil berkata, "saya dapat kad ni, xtau saper hantar, awak ker?"

3: Tajuzzaman mendiamkan saja, simpan kad itu dekat opis dan bagitahu rakan baik dia dapat kad macam tu dan perasan glamor lah

4: Tajuzzaman mendiamkan saja, simpan kad itu dekat opis dan hampir semua ofismate tahu dan kawan baik dia juga tahu

5: Tajuzzaman mendiamkan saja, mungkin ada yg tahu tp yg pasti Aishah xdiberitahu, kad terus di buang

Tetapi selepas 1minit, Aishah mengagak bahawa kemungkinan pertama tidak berlaku, kebarangkalian paling banyak adalah 3, 4 dan 5.

2 hari berlalu, Tajuzzaman bertanya Aishah, "Shah kata nak pos barang ke kg, dah pergi ke pejabat pos?". Sememangnya Aishah ada barang yang hendak di hantar ke kampung dan Aishah dah agak Tajuzzaman akan tanya utk memastikan dia ada pergi pejabat pos atau tidak, kalau dia cakap dah pasti Tajuzzaman akan cerita pasal kad sbb in case dihantar oleh Aishah. Utk menguji kejujuran, Aishah jawab, "belum lagi, dah pergi pagi2 tp rupanya pukul 10:00am baru buka, lain kali jerla, sy kena kerja". Tajuzzaman pun diam. Hampeh tul Tajuzzaman ni.

Seminggu berlalu, Tajuzzaman belum cakap apa-apa lagi. Aishah perhatikan juga Tajuzzaman, nak tgk kot2 makin tersenyum2 ker, feeling sensorang ker, tapi biasa sj.

Satu hari, mereka berdua nak kena beli satu barang yg agak mahal. Aishah bertanya sambil bergurau dan mengetest, "macamana kalau tak cukup duit, jual awak sjla, laku ker?. Jawab Tajuzzaman, "eii lakuuu". Kah kah kah, ketawa dlm hati Aishah, baru dapat kad dah perasan. Mungkin Tajuzzaman tak perasan tp Aishah perasan, selalu (2-3 kali stahun jer) kalau Aishah buat lawak macam tu, Tajuzzaman senyum malas saja, kadang2 Tajuzzaman jawab, "tak lakuuu...". Haiii... lelaki berkahwin memang mudah perasan. Kalau dia bujang confirm dia xheran pun kad macam tu.

bersambung...

0 comments: