Tuesday, November 17, 2009

Artis Layak Kategori Menarik

Up to my taste:

1. Aishwarya Rai
Paling cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jelita. Sexy in every clothes. Rambut lebat ikal beralun, mata hijau, halus pinggang ramping, manis. Xder lagi miss universe or miss world yg dapat mengatasi kecantikan Aiswarya. Frust bila Aish kawin ngan Abishek (xseswai jadik hero filem pun).
Ever lasting Miss Universe.







2. Song Hye Kyo
Artis korea. Sweet sgt2 dan matanya bundar. Cantik
Harap Song Hye Kyo dapat jodoh yang hensem dan kaya serta setia.
















3. Wardina
Cantik sangat. Sweet sangat. Jelita. Tp penat tgk Wardina bercakap. Suaminya xensem tp xper asalkan bahagia. Harap suami Wardina menghargai Wardina dan kecantikan Wardina mmg wajar dipuji setiap hari. Her siblings biasa2 ajer, muka mix tapi kategori biasa dan tidak secantik Wardina. Biasala, xsemua minah salleh tu cantik, tp mentaliti Malaysian bila sebut mix terus perasaan kata cantik.











4.Erra Fazira

Sweet dan sgt2 cun. Sesuai sesangat dengan Engku Emran yg ensem (selagi Emran tidak pakai t-shirt ketat). Family yg cukup menarik dan life yg diidamkan ramai orang. Mcm Prince Charming n his Queen.












5.Nia Ramadhani
Sweet. Cantik. Ingatkan heroin rupanya penjahat dlm sinetron bawang putih bawang merah.












6.Lisdawati


Sweet, cun. Husband xensem tp xapala, kaya (dgr org ckp hucband lis kaya). Harap dia menghargai isterinya. Hargai dan belai isteri seperti anak2 comel. Jgn gaduh2.






7.Vivian Chow.
Artis Hong Kong di zaman persekolahanku. Sweet n cute sgt.












10. Dian Sastrowardoyo
Comel, cantik.

Thursday, November 5, 2009

Kisah Aishah 1

Tersebutlah kisah sepasang suami-isteri dan 2 cahaya mata lelaki. Isteri bernama Aishah dan suami bernama Muhammad Tajuzzaman. Anak sulung Muhammad Hazix dan ke-2 Muhammad Rafix (kadang2 auntie2 panggil Radix).

Pada suatu petang isnin setelah kedua-dua suami isteri pulang dari kerja, Tajuzzaman memberitahu berita gembira kepada Aishah bahawa dia mendapat promotion. Berceritalah Tajuzzaman betapa penat lelahnya berbaloi dan Aishah mengingatkan supaya jangan lupa bersyukur kepada Allah.

Keesokkan harinya di waktu makan tengahari, Aishah keluar berjalan-jalan di pasaraya berdekatan bersama rakan sepejabatnya. Teringin dia mengucapkan tahniah kepada suaminya, lalu dibeli sekeping kad ucapan tahniah khas untuk Tajuzzaman dan beberapa keping kad ucapan harijadi untuk sahabat2 dan adik-beradiknya. Setibanya di pejabat, Aishah mengisi kad utk Tajuzzaman dgn ucapan ringkas, baru sepatah perkataan ditulis, dirasakan tulisan tidak cantik dan merosakkan mood kad tahniah itu lalu Aishah printkan saja ucapan tahniah diikuti ucapan I LOVE YOU. Kemudian dia terfikir untuk tidak letakkan signature namanya agar Tajuzzaman tertanya-tanya siapakah si pengirim kad itu supaya perasaan Tajuzzaman lebih berdebar-debar dan bila mengagak dari Aishah senangla perasaan bunga-bunga cinta. Kad di pos ke pejabat Tajuzzaman.

Aishah bayangkan beberapa kemungkinan mengikut peratusan dia sendiri:

1: Tajuzzaman akan call Aishah dari ofis dan tanya, "Shah ada hantar kat ker dekat saya?"

2: Tajuzzaman bawa kad balik ke rumah dan tunjukkan pada Aishah sambil berkata, "saya dapat kad ni, xtau saper hantar, awak ker?"

3: Tajuzzaman mendiamkan saja, simpan kad itu dekat opis dan bagitahu rakan baik dia dapat kad macam tu dan perasan glamor lah

4: Tajuzzaman mendiamkan saja, simpan kad itu dekat opis dan hampir semua ofismate tahu dan kawan baik dia juga tahu

5: Tajuzzaman mendiamkan saja, mungkin ada yg tahu tp yg pasti Aishah xdiberitahu, kad terus di buang

Tetapi selepas 1minit, Aishah mengagak bahawa kemungkinan pertama tidak berlaku, kebarangkalian paling banyak adalah 3, 4 dan 5.

2 hari berlalu, Tajuzzaman bertanya Aishah, "Shah kata nak pos barang ke kg, dah pergi ke pejabat pos?". Sememangnya Aishah ada barang yang hendak di hantar ke kampung dan Aishah dah agak Tajuzzaman akan tanya utk memastikan dia ada pergi pejabat pos atau tidak, kalau dia cakap dah pasti Tajuzzaman akan cerita pasal kad sbb in case dihantar oleh Aishah. Utk menguji kejujuran, Aishah jawab, "belum lagi, dah pergi pagi2 tp rupanya pukul 10:00am baru buka, lain kali jerla, sy kena kerja". Tajuzzaman pun diam. Hampeh tul Tajuzzaman ni.

Seminggu berlalu, Tajuzzaman belum cakap apa-apa lagi. Aishah perhatikan juga Tajuzzaman, nak tgk kot2 makin tersenyum2 ker, feeling sensorang ker, tapi biasa sj.

Satu hari, mereka berdua nak kena beli satu barang yg agak mahal. Aishah bertanya sambil bergurau dan mengetest, "macamana kalau tak cukup duit, jual awak sjla, laku ker?. Jawab Tajuzzaman, "eii lakuuu". Kah kah kah, ketawa dlm hati Aishah, baru dapat kad dah perasan. Mungkin Tajuzzaman tak perasan tp Aishah perasan, selalu (2-3 kali stahun jer) kalau Aishah buat lawak macam tu, Tajuzzaman senyum malas saja, kadang2 Tajuzzaman jawab, "tak lakuuu...". Haiii... lelaki berkahwin memang mudah perasan. Kalau dia bujang confirm dia xheran pun kad macam tu.

bersambung...

Wednesday, November 4, 2009

Produk Kurus Badan

Sudah 6 bulan berlalu setelah kelahiran anak yg ke-2. Syukur, berat badan kembali maintain dlm tempoh pantang. Setelah pantang, masuk ofis, members especially lelaki yg dah kawin sibuk bertanya macamana cepat jer kurus balik sedangkan isteri diorang sikit punya susah nak kurus balik (dlm hati: korang yg xpenah pregnant tu pon berlemak2). Disebabkan pertanyaan tu dalam nada gurauan jadi jawapan sy pun dlm bentuk gurauan jugalah, jawapan yg tidak berisi sekadar utk suka2.

Tapi sekarang ni rasa nya makin bertambah saja berat walaupun ofismate kata kurus n my husband also kata okei but as for myself memang tak suka my figure sekarang. Memang okei (still size M/S n waist jeans still 28) tp masih boleh di upgrade esp bahagian perut. Tidak fit.

Orang kata kalau bf (susu badan), badan akan slim. Tapi saya tgk diri saya makin sihat walaupun tidak gemuk, my husband kata "sexy" but still im not satisfied. Dulu, anak 1st, susu formula but my body slim saja. Tapi bf membuatkan saya jadi sentiasa lapar dan berselera. Futhermore, plan nak photoshoot gambar kahwin kali ke-2, tgk gambar kahwin umur 30-an pula, lagipun masa tgh ada orang nak sponsor ni. This time my husband agree saya kena reduce weight sikit sbb nak amik gambar kahwin. Kalau xsebab photoshoot pun mmg sy nk reduce juga.

Bagus tentang bf, dalaman rasa kemas sj esp dari pinggang ke bawah. Kalau dulu anak 1st susu formula, mudah saja lenguh pinggang dan rasa longgar2 jer segala tulang temulang kat dalam badan ni. Bila angkat benda berat, rasa nak terkeluar jer organ2 kat dalam badan. Tapi anak 2nd ni rasa kuat jer inner support. Maybe sbb bf and penjagaan dlm pantang yg lebih proper berbanding anak 1st dulu.

Sekarang ni saya plan nak cari jamu atau any supplement untuk kesihatan. Madu Amazing juga bagus utk kesihatan, masa pregnant saya makan tu sbb dia ada kurma merah. I believe jamu juga boleh mengurangkan berat badan secara sihat walaupun tidak dimaklumkan pada label. Masa dalam pantang memang ada makan versi kampung punya, memang bagus dan murah tp dekat bandar jauh dari kampung ni manala nak dapat supply. So, my plan carik jer dekat Mydin, murah dan senang. Secara tak langsung jamu juga mencantikkan kulit.

Niat di hati, coming soon nak sauna, beli yang portable dan buat sendiri kat rumah, flexible dari segi masa. Mungkin next year boleh mula. This year, my baby tu xboleh nak tinggal. Tunggu dia besar skit, makan jamu saja yang boleh diaplikasikan buat masa ini. My friend rajin buat sauna and dia punya badan memang firm, takes time but okei la. Bagi mereka yang malas memangla, habis beribu pun xjadik jugak. Pergila slimming kat memana pun, lepas tu kaboom balik. My husband suruh pergi spa, ada yg nak bagi discount. Memula xnak, rasa cam membazir jer, sebab saya rasa ada byk lagi cara yg lebih jimat tp dapat hasil yg sama. But then, pikir2, husband mau sponsor, agree sjla. Tapi yg saya percaya adalah sauna sj.

Ubat kurus dan sewaktu dengannya saya memang xminat, silap haribulan boleh mandul ataupun innalillah terus. Nauzubillah.