Sangat sukakan kereta Naza Ria tetapi untuk rakyat kelas biasa seperti aku banyak faktor perlu difikirkan. Nak beli, boleh. Nak bayar bulan2, boleh. Tapi kalau tetiba ada masalah, alamak aii, mekanik aku xsuggest aku pakai kereta Naza sebab sparepart mahal. Xbanyak supplier cam toyota, nissan, perodua n bla2. So terpaksala ku batalkan niat untuk memiliki Naza Ria / Naza Citra.
Suka sangat Naza Ria sebab aku selesa sangat naik Naza Ria kakak aku.
Aku bukannya banyak duit untuk baiki kerosakan on the sport. Rosak yg harga biasa-biasa bolehla, walaupun aku tahu kemungkinan Naza Ria buat hal mungkin jarang sesangat tetapi macamana kalo tetiba buat hal. Spare part mahal tu aku xtau la plak berapa harganya, aku mampu or tak? Tapi dah mekanik faveret ku kata gitu, apa2 jerla. Sesaja aku cakap aku nak amik Citra sbb lebih seswai utk menonjolkan itu kereta aku yg wanita ini, tp dia suggest Avanza sebab sparepart senang n xsemahal Naza.
So pilihan aku skang ini:
a) alza - sbb bentuknya lebih cantik dr avanza yg nampak cam family man, kalo nampak family woman boleh dipertimbangkan dan semestinya harga yg lebih murah dan ader kaler purple kemerahan
b) nissan grand livina - cantik dan puas hati dan seswai utk wanita comel mcm aku
c) toyota innova - alang2 nk beli grand livina yg harganya lebih kurang, lebih baik beli yg selesa terus dan aircond mcm bas, sejuk segenap lapisan masyarakat (boleh juga memujuk hati yg inginkan Naza Ria).
*hai Naza, naperla sparepart xbanyak supplier, harga tidak kompetitif...
Tuesday, June 22, 2010
NAZA RIA
Posted by VIP treatment at 12:20 AM 0 comments
Labels: kereta, naza citra, naza ria
Tuesday, May 25, 2010
Artis melaram
Artis melaram pilihan aku. Top 9 bermula dari tempat ke-9:
9:Siti Nurhaliza
Memikirkan vogue, jenama dan harga yg mahal hanya menjadikan siti mangsa fesyen.
Mata, hidung nbibir atas nampak plastik dan aku xpernah nampak dia tanpa bulu mata palsu, so curious gak la. Mekap yg tebal. Itulah character yg buat aku kategorikan dia artis melaram.
Suka lakonan Jasmin tp lately muka dia xnampak pure sgt dgn mekap yg tebal serta seperti ada sedikit perubahan kat muka dia. Macam hidung jer. Mekap yg tebal dan badan yg masih cantik menjadikan dia artis melaram HIPMYSTYLE ke-7.
3:Rosnah mat aris
Posted by VIP treatment at 8:04 PM 0 comments
Labels: ARTIS, HIPMYSTYLE
ARTIS MANIS
9 ARTIS pilihanku kategorikan sebagai 9 artis paling manis. Pada mulanyanya hanya nak letak artis dari Malaysia jer tp terpaksa masukkan jugak beberapa artis luar kerana very irresistible . Kalau nak ikutkan, carta kali ni nak letakkan Aishwarya jugak no.1 sbb dia mmg sgt manis, dahla india biasanya manis walaupun tak cantik pastu Aish tu plak mmg jelita. Tapi kali ni Aish dikecualikan lah spy org lain pun dpt no.1 gak.
Artis manis tempat pertama: Umie Aida
Memang ramai yg lebih manis dan jelita tp gambar Umie yg ini membuatkan dia very irresistible dan kalau Aishwarya masuk dlm senarai kali ini akan ku tetap bg pada Umie sbb gambar ni mmg sgt2 menawan. Xpuas mata wanita ku memandang, kalau lelaki aku xtahulah, boleh angau rasanya. Gambar Umie yg ni membuatkan kalau dia jual tudung masa ni mesti laku gila sbb nak kelihatan mcm dia. Kalau dia promosi celak masa ni pun bleh laku dan juga lipstik yg dia pakai masa ni. Maskara, contact lens atau apa2 saja yg berkaitan dgn gambar ini mesti laku termasuklah photographer sekali. Umie Aida mempunyai mata yg sgt cantik walaupun tidak dimekap.
Tempat ke-2 jatuh kepada: Song Hye Kyo
Tempat ke-3: siti nurhaliza
No. 4: erra fazira
Artis korea yg cute ni, main letak jer sbb tetiba ternampak kecomelannya. Ingatkan nak letak Lisdawati tp xada gambar Lisdawati so no. 7 adalah jang Na Ra. Manis apa minah korea ni.
No.8: Sophea Marceau
No. 9: Dian Sastrowardoyo
Pelakon indon ada apa dgn cinta, ingatkan nak letak Sharifah Shahirah tp lebih tertarik ngan minah indon ni. Manis segala. Sharifah Shahirah? mesti ramai xterfikir sharifah shahirah utk apa2 kategori sbb dia ni kalut ribut tp faktanya dia memang manis, masih cantik di mata lelaki (mata wanita dan lelaki tua biasanya nampak rozita che wan) dan jangan lupa anak2 Sharifah Shahira pun dah ramai so mmg hot sgtla dia jika nak dibandingkan dgn Vanidah Imran.
Posted by VIP treatment at 2:40 AM 0 comments
Labels: HIPMYSTYLE
Tuesday, November 17, 2009
Artis Layak Kategori Menarik
Up to my taste:
1. Aishwarya Rai
Paling cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jelita. Sexy in every clothes. Rambut lebat ikal beralun, mata hijau, halus pinggang ramping, manis. Xder lagi miss universe or miss world yg dapat mengatasi kecantikan Aiswarya. Frust bila Aish kawin ngan Abishek (xseswai jadik hero filem pun).
Ever lasting Miss Universe.
2. Song Hye Kyo
Harap Song Hye Kyo dapat jodoh yang hensem dan kaya serta setia.
3. Wardina
Cantik sangat. Sweet sangat. Jelita. Tp penat tgk Wardina bercakap. Suaminya xensem tp xper asalkan bahagia. Harap suami Wardina menghargai Wardina dan kecantikan Wardina mmg wajar dipuji setiap hari. Her siblings biasa2 ajer, muka mix tapi kategori biasa dan tidak secantik Wardina. Biasala, xsemua minah salleh tu cantik, tp mentaliti Malaysian bila sebut mix terus perasaan kata cantik.
4.Erra Fazira
Sweet dan sgt2 cun. Sesuai sesangat dengan Engku Emran yg ensem (selagi Emran tidak pakai t-shirt ketat). Family yg cukup menarik dan life yg diidamkan ramai orang. Mcm Prince Charming n his Queen.
5.Nia Ramadhani
Sweet. Cantik. Ingatkan heroin rupanya penjahat dlm sinetron bawang putih bawang merah.
Posted by VIP treatment at 12:00 AM 0 comments
Labels: Cantik
Thursday, November 5, 2009
Kisah Aishah 1
Tersebutlah kisah sepasang suami-isteri dan 2 cahaya mata lelaki. Isteri bernama Aishah dan suami bernama Muhammad Tajuzzaman. Anak sulung Muhammad Hazix dan ke-2 Muhammad Rafix (kadang2 auntie2 panggil Radix).
Pada suatu petang isnin setelah kedua-dua suami isteri pulang dari kerja, Tajuzzaman memberitahu berita gembira kepada Aishah bahawa dia mendapat promotion. Berceritalah Tajuzzaman betapa penat lelahnya berbaloi dan Aishah mengingatkan supaya jangan lupa bersyukur kepada Allah.
Keesokkan harinya di waktu makan tengahari, Aishah keluar berjalan-jalan di pasaraya berdekatan bersama rakan sepejabatnya. Teringin dia mengucapkan tahniah kepada suaminya, lalu dibeli sekeping kad ucapan tahniah khas untuk Tajuzzaman dan beberapa keping kad ucapan harijadi untuk sahabat2 dan adik-beradiknya. Setibanya di pejabat, Aishah mengisi kad utk Tajuzzaman dgn ucapan ringkas, baru sepatah perkataan ditulis, dirasakan tulisan tidak cantik dan merosakkan mood kad tahniah itu lalu Aishah printkan saja ucapan tahniah diikuti ucapan I LOVE YOU. Kemudian dia terfikir untuk tidak letakkan signature namanya agar Tajuzzaman tertanya-tanya siapakah si pengirim kad itu supaya perasaan Tajuzzaman lebih berdebar-debar dan bila mengagak dari Aishah senangla perasaan bunga-bunga cinta. Kad di pos ke pejabat Tajuzzaman.
Aishah bayangkan beberapa kemungkinan mengikut peratusan dia sendiri:
1: Tajuzzaman akan call Aishah dari ofis dan tanya, "Shah ada hantar kat ker dekat saya?"
2: Tajuzzaman bawa kad balik ke rumah dan tunjukkan pada Aishah sambil berkata, "saya dapat kad ni, xtau saper hantar, awak ker?"
3: Tajuzzaman mendiamkan saja, simpan kad itu dekat opis dan bagitahu rakan baik dia dapat kad macam tu dan perasan glamor lah
4: Tajuzzaman mendiamkan saja, simpan kad itu dekat opis dan hampir semua ofismate tahu dan kawan baik dia juga tahu
5: Tajuzzaman mendiamkan saja, mungkin ada yg tahu tp yg pasti Aishah xdiberitahu, kad terus di buang
Tetapi selepas 1minit, Aishah mengagak bahawa kemungkinan pertama tidak berlaku, kebarangkalian paling banyak adalah 3, 4 dan 5.
2 hari berlalu, Tajuzzaman bertanya Aishah, "Shah kata nak pos barang ke kg, dah pergi ke pejabat pos?". Sememangnya Aishah ada barang yang hendak di hantar ke kampung dan Aishah dah agak Tajuzzaman akan tanya utk memastikan dia ada pergi pejabat pos atau tidak, kalau dia cakap dah pasti Tajuzzaman akan cerita pasal kad sbb in case dihantar oleh Aishah. Utk menguji kejujuran, Aishah jawab, "belum lagi, dah pergi pagi2 tp rupanya pukul 10:00am baru buka, lain kali jerla, sy kena kerja". Tajuzzaman pun diam. Hampeh tul Tajuzzaman ni.
Seminggu berlalu, Tajuzzaman belum cakap apa-apa lagi. Aishah perhatikan juga Tajuzzaman, nak tgk kot2 makin tersenyum2 ker, feeling sensorang ker, tapi biasa sj.
Satu hari, mereka berdua nak kena beli satu barang yg agak mahal. Aishah bertanya sambil bergurau dan mengetest, "macamana kalau tak cukup duit, jual awak sjla, laku ker?. Jawab Tajuzzaman, "eii lakuuu". Kah kah kah, ketawa dlm hati Aishah, baru dapat kad dah perasan. Mungkin Tajuzzaman tak perasan tp Aishah perasan, selalu (2-3 kali stahun jer) kalau Aishah buat lawak macam tu, Tajuzzaman senyum malas saja, kadang2 Tajuzzaman jawab, "tak lakuuu...". Haiii... lelaki berkahwin memang mudah perasan. Kalau dia bujang confirm dia xheran pun kad macam tu.
bersambung...
Posted by VIP treatment at 12:01 AM 0 comments
Labels: kad cinta
Wednesday, November 4, 2009
Produk Kurus Badan
Sudah 6 bulan berlalu setelah kelahiran anak yg ke-2. Syukur, berat badan kembali maintain dlm tempoh pantang. Setelah pantang, masuk ofis, members especially lelaki yg dah kawin sibuk bertanya macamana cepat jer kurus balik sedangkan isteri diorang sikit punya susah nak kurus balik (dlm hati: korang yg xpenah pregnant tu pon berlemak2). Disebabkan pertanyaan tu dalam nada gurauan jadi jawapan sy pun dlm bentuk gurauan jugalah, jawapan yg tidak berisi sekadar utk suka2.
Tapi sekarang ni rasa nya makin bertambah saja berat walaupun ofismate kata kurus n my husband also kata okei but as for myself memang tak suka my figure sekarang. Memang okei (still size M/S n waist jeans still 28) tp masih boleh di upgrade esp bahagian perut. Tidak fit.
Orang kata kalau bf (susu badan), badan akan slim. Tapi saya tgk diri saya makin sihat walaupun tidak gemuk, my husband kata "sexy" but still im not satisfied. Dulu, anak 1st, susu formula but my body slim saja. Tapi bf membuatkan saya jadi sentiasa lapar dan berselera. Futhermore, plan nak photoshoot gambar kahwin kali ke-2, tgk gambar kahwin umur 30-an pula, lagipun masa tgh ada orang nak sponsor ni. This time my husband agree saya kena reduce weight sikit sbb nak amik gambar kahwin. Kalau xsebab photoshoot pun mmg sy nk reduce juga.
Bagus tentang bf, dalaman rasa kemas sj esp dari pinggang ke bawah. Kalau dulu anak 1st susu formula, mudah saja lenguh pinggang dan rasa longgar2 jer segala tulang temulang kat dalam badan ni. Bila angkat benda berat, rasa nak terkeluar jer organ2 kat dalam badan. Tapi anak 2nd ni rasa kuat jer inner support. Maybe sbb bf and penjagaan dlm pantang yg lebih proper berbanding anak 1st dulu.
Sekarang ni saya plan nak cari jamu atau any supplement untuk kesihatan. Madu Amazing juga bagus utk kesihatan, masa pregnant saya makan tu sbb dia ada kurma merah. I believe jamu juga boleh mengurangkan berat badan secara sihat walaupun tidak dimaklumkan pada label. Masa dalam pantang memang ada makan versi kampung punya, memang bagus dan murah tp dekat bandar jauh dari kampung ni manala nak dapat supply. So, my plan carik jer dekat Mydin, murah dan senang. Secara tak langsung jamu juga mencantikkan kulit.
Niat di hati, coming soon nak sauna, beli yang portable dan buat sendiri kat rumah, flexible dari segi masa. Mungkin next year boleh mula. This year, my baby tu xboleh nak tinggal. Tunggu dia besar skit, makan jamu saja yang boleh diaplikasikan buat masa ini. My friend rajin buat sauna and dia punya badan memang firm, takes time but okei la. Bagi mereka yang malas memangla, habis beribu pun xjadik jugak. Pergila slimming kat memana pun, lepas tu kaboom balik. My husband suruh pergi spa, ada yg nak bagi discount. Memula xnak, rasa cam membazir jer, sebab saya rasa ada byk lagi cara yg lebih jimat tp dapat hasil yg sama. But then, pikir2, husband mau sponsor, agree sjla. Tapi yg saya percaya adalah sauna sj.
Ubat kurus dan sewaktu dengannya saya memang xminat, silap haribulan boleh mandul ataupun innalillah terus. Nauzubillah.
Posted by VIP treatment at 10:20 PM 0 comments
Labels: Langsing